Resepi

Resepi Mudah & Sedap Bubur Kacang Hijau

0 1727

Tak sangka nak buat bubur kacang hijau ni mudah sahaja. Tinggal rajin atau tak je nak buat. Resepi mudah dan sedap bubur kacang hijau ni ada modified sikit sebab hasil dari meng’google’. Disebabkan teringin nak makan maka kena jugalah usaha buat bubur kacang hijau. Kalau nak beli kat kedai tak puas. Dapat pulak yang terlalu manis. Kalau buat sendiri kita boleh ejas tahap kemanisannya kan?

Resepi Buat Bubur Kacang Hijau

BAHAN-BAHAN RESEPI BUBUR KACANG HIJAU

Resepi bubur kacang hijau ini berdasarkan 500 gram kacang hijau. Jadi bahan-bahannya berdasarkan 500 gram kacang hijau. Banyak jugak 500 gram. Boleh makan 8-9 orang sekali makan.

  1.  500 gram kacang hijau
  2.  Santan segar (2 biji kelapa)
  3.  Gula melaka/Merah (3 keping)
  4.  Daun pandan (7-9 helai)
  5.  Halia (3 hiris)
  6.  Nescafe satu sudu besar.

 

CARA MASAK BUBUR KACANG HIJAU

Kacang hijau terlebih dahulu direndam sehingga kembang. Nanti proses merebus nak bagi empuk takde lah ambil masa lama. Masa merebus masukkan 500 gram kacang hijau beserta air, kemudian masukkan daun pandan dan halia. Kacau dan biarkan sampai mendidih atau kacang hijau menjadi empuk.

Resepi Bubur Kacang Hijau

 

Apabila kacang hijau sudah hampir empuk, masukkan santan. Kalau rasa santan tu pekat masukkan air. Bergantung, sesetengah orang nak pekat sesetengah orang tak berapa suka pekat. Tapi pekat likat la best! Owh ya bagi yang tak suka santan boleh ganti dengan susu sejat efenen (F&N) atau tak kisah la apa brand.

Resepi Bubur Kacang Hijau

 

Kacau santan biar sebati dengan kacang hijau. Kemudian masukkan gula melaka atau gula merah atau di Kelantan diorang panggil ‘nisse’ . Nak guna gula pasir pun boleh tapi rasanya sedap lagi kalau guna gula melaka untuk buat bubur kacang hijau.

Resepi Bubur Kacang Hijau

 

Dan yang terakhir sebagai penambah perisa, masukkan nescafe. Rasa bubur kacang hijau ni ada sedikit umphh.. Kalau taknak pun tak apa sebab ni ikut selera resepi bubur kacang hijau ni. Letak satu sudu besar nescafe cukup dah.

Resepi Bubur Kacang Hijau

 

Kacau-kacau semua bahan sehingga sebati, waktu ni bau memang dah naik. Bau bubur kacang hijau semerbak di dapur. Tapikan kalau ada durian.. pehh lagi laaaaa.. lagi best dan extra BONUS untuk resepi bubur kacang hijau ni. Bila rasa dah masak, rasa pun dah ok boleh la makannnnn.. Tadaaaa…. Resepi mudah dan sedap bubur kacang hijau!

Resepi Bubur Kacang Hijau

Share jika bermanfaat!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Review Terkini

  • Proses Memindahkan UNIFI ke Rumah Baru

    PROSES MEMINDAHKAN UNIFI KE RUMAH BARU Baru register Unifi package 30mbps harga RM139 sebulan. Belum lagi dapat bil pertama dah kena pindah rumah. Stress..! Tertangguh la nampaknya kerja-kerja online. Proses memindahkan Unifi ke rumah baru mesti mengambil masa kan? Share jika bermanfaat!7shares

Archives

Komen Terkini

Instagram

Terus Berhubung

Terima kasih singgah di Ooh Deo. Sebarang info update sila submit email anda di ruang atas. Terima kasih.

shares