Storyline Review

Proses Memindahkan UNIFI ke Rumah Baru

0 21

Share jika bermanfaat!

PROSES MEMINDAHKAN UNIFI KE RUMAH BARU

Baru register Unifi package 30mbps harga RM139 sebulan. Belum lagi dapat bil pertama dah kena pindah rumah. Stress..! Tertangguh la nampaknya kerja-kerja online. Proses memindahkan Unifi ke rumah baru mesti mengambil masa kan? Bila dah dapat rumah baru terus ke TM Point untuk proses pemindahan unifi. Susah dan complicated ke nak uruskan pemindahan unifi ni ek?

Modem Unifi

Sebenarnya tak susah dan complicated pun.. sebelum pergi dinasihatkan call dulu TM Point. Tanya dimanakah cawangan terdekat dengan rumah baru untuk tujuan pemindahan unifi. Sebab ada cawangan TM Point yang tak boleh proses kes pemindahan ni. Biasanya TM Point akan suruh kita rujuk ke TM Point yang berdekatan dengan rumah baru.

 

Kalau tinggal di Gombak, mereka suruh pergi ke TM Point Setapak atau TM Point Kepong.

TM Point

URUSAN DI TM POINT CAWANGAN KEPONG

Dah tahu rujuk TM Point mana terus je ke sana. Punyalah jalan sesak nak ke TM Point Kepong ni. Dah sampai maklumkan pada staff yang kita datang nak buat pemindahan unifi ke rumah baru. Anda akan diberi satu borang. Selepas isi borang terus ambil nombor. Maka tunggulah sehingga nombor giliran anda dipanggil.

 

Masa di kaunter tak lama pun.. staff TM Point akan check coverage area rumah kita. Ternyata area rumah baru aku dah ada talian cable optik dimana kelajuan internet boleh di upgrade. Berbanding di rumah lama masih belum ada cable optik, kelajuan internet paling maximum pun 30mbps.

 

“Puan boleh tak saya upgrade kepada 100mbps? harga lebih rendah dari package sekarang. Saya bayar RM139 untuk 30mbps sedangkan 100mbps kurang dari tu.”

 

Staff tu cakap, aku tak perlu upgrade kepada 100mbps untuk RM129, kerana package 30mbps (yang lama) akan diupgrade kepada 300mbps dengan bayaran tetap RM139. Dia kata rumah lama tak boleh upgrade kerana tiada cable berkelajuan tinggi seperti di rumah baru. Pihak TM Point akan maklumkan melalui email bila unifi akan di upgrade pada 300mbps.

 

“Owh macam tu ke.. kalau macamtu okla puan..”

 

Lepas tu staff TM Point tu check tarik yang available untuk pemasangan untuk pemindahan. Ambil masa agak lama juga kerana port kawasan rumah tu sudah penuh. Jadi TM kena hantar technician untuk uruskan port yang dah penuh dulu.

Modem Unifi

HARI PEMASANGAN UNIFI KE RUMAH BARU

Dapat pesanan dari sms yang technician TM akan sampai pada 18/10/2018 masa antara pukul 12.31 pm hingga 7.30 pm. Lebih kurang dua minggu selepas permohonan. Alhamdulillah selesai juga la proses pemindahan unifi ni ke alamat rumah baru. Yang technician tu tukar cuma modem sebab modem lama tak support untuk upgrade 300mbps. Aku tanya technician tu, bila package ni akan upgrade pada 300mbps? Dia kata tunggu email.. bila tu dia tak pasti. Sebab yang nak diupgrade tu terlalu banyak.

 

“Hmmmmmm… ok laaaaa.. “

 

Okla asalkan dah ada internet.. kalau tak mereput tak boleh buat kerja-kerja online. Tunggu jela yang upgrade 300mbps tu..

Share jika bermanfaat!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Review Terkini

  • Proses Memindahkan UNIFI ke Rumah Baru

    Share jika bermanfaat!6sharesPROSES MEMINDAHKAN UNIFI KE RUMAH BARU Baru register Unifi package 30mbps harga RM139 sebulan. Belum lagi dapat bil pertama dah kena pindah rumah. Stress..! Tertangguh la nampaknya kerja-kerja online. Proses memindahkan Unifi ke rumah baru mesti mengambil masa kan? Share jika bermanfaat!6shares

  • Laptop Asus ROG Gaming

    Repair Laptop Murah Di Kuala Lumpur Dengan Servis Terbaik!

    Share jika bermanfaat!2sharesTak sangka dalam nak kejar dateline submit artwork laptop boleh blackout! Menggelabah puyuh tu dah tentu la. Nak repair sendiri, kalau setakat nak format windows tu pandai la. Share jika bermanfaat!2shares

Archives

Komen Terkini

Instagram

Terus Berhubung

Terima kasih singgah di Ooh Deo. Sebarang info update sila submit email anda di ruang atas. Terima kasih.

shares